Saturday 29 October 2011

MAKAN MALAM BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Setelah mengadakan beberapa siri ziarah, pada 25 September 2011 kami menerima kunjungan DATO' SERI ANWAR IBRAHIM. Makan malam tersebut diadakan di Restoran Husain. Program telah di mulakan apabila Dato' Seri telah ucapkan tahniah kepada salah seorang ahli PKR Raub berbangsa Punjabi dan beragama Sikh bersama-sama dengan isteri dan anak-anak yang beberapa hari sebelum progam telah memeluk Islam.

Selepas makan malam, Ceramah Perdana telah diadakan di Tapak Kompleks Pas Kawasan Raub yang terletak kira-kira 500 meter ddari Restoran Husain. PKR Raub telah menyediakan sebuah kereta mewah yang menunggu untuk menghantar Dato' Seri ke Kompleks namun, kami terkejut apabila Dato Seri telah memilih untuk berjalan kaki bersama-sama penyokong beliau.

Pihak kami dengan segera mengarahkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Unit Amal PAS untuk membuat kawalan rapi terhadap Dato Seri. Kami berasa gusar sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi, syukur ALHAMDULILLAH berkat kejujuran Dato Seri, ALLAH S.W.T melindungi perjalanan Dato Sri dari Restoran Husain ke Kompleks.

Pada malam ketibaan Dato Sri begitu ramai yang hadir untuk mendengar ceramah dan melihat sendiri wajah Dato Seri dengan lebih dekat. Beliau bukanlah seorang yang memerlukan protokol yang melampau (tidak perlu karpet merah, tidak perlu naik bas mewah dan tidak perlu pengawal peribadi). Beliau seorang yang amat sederhana. Terpapar kemesraannya bersama rakyat. Seorang pemimpin berjiwa rakyat. 

Harap Dato Sri dapat meneruskan perjuangan hingga ke Putrajaya. AMIN.......


NUKILAN,
AMANDA
(Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)

No comments:

Post a Comment