Sunday 2 October 2011

Orang Asal buat repot

Haji Mohd Harris Abdullah
Telah diberitahu oleh Tuan Haji Mohd Harris selaku peguam Pakatan Rakyat Raub bahawa pada jam lebih kurang 3.30 petang 26/9/2011, Tok Batin bersama peguam telah hadir di Balai Polis Dong untuk lapurkan kejadian pencerobohan tanah di Kampung Sungei Yol, Ulu Dong, Raub, Pahang  akan tetapi tingkah laku pegawai-pegawai yang bertugas dikaunter pertanyaan Balai Polis Dong yang seolah-olah endah tak endah kehadiran Tok Batin dan peguam telah menyebabkan Tok Batin dan peguam mengambil keputusan untuk terus ke Ibu Pejabat Daerah Raub untuk melapurkan kejadian pencerobohan tanah.

Tuan Haji Harris mengesahkan bahawa pada 26/9/2011 jam lebih kurang 4.30 petang Tok Batin Jamal bin Tah telah buat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub dan pegawai penyiasat telah merakamkan satu kenyataan bertulis dari Tok Batin pada hari yang sama. Segala urusan telah selesai lebih kurang jam 6 petang.

Haji Harris turut mengesahkan bahawa seorang pegawai dari Pejabat Tanah Daerah telah dipanggil oleh pegawai penyiasat dan pegawai dari Pejabat Tanah Raub mengesahkan bahawa tanah yang dikatakan telah diceroboh oleh orang kampung sebenarnya merupakan tanah milik persendirian.

Satu persoalan penting yang perlu dijawab oleh Pejabat Tanah Daerah Raub - macamana tanah yang diduduki oleh Orang Asal selama lebih kurang 60 tahun boleh diberi milik kepada orang selain daripada Orang Asal? Jawab jangan tak jawab ...



NUKILAN,
AMANDA
(Setiausah Peribadi Timbalan Ketua Raub)

No comments:

Post a Comment