Saturday 1 October 2011

Tanah Orang Asal di ceroboh

Pokok durain yang ditebang
Setelah puas berbincang dengan pihak-pihak berwajib dan ahli-ahli politik Raub, Tok Batin Jamal bin Tah telah mengambil langkah berani apabila tampil meminta bantuan daripada Wanita PKR Raub agar masalah pencerobohan tanah diperkampungan Orang Asal,  Sungei Yol, Hulu Dong, Raub dapat selesaikan.

Pada 21/9/2011 jam lebih kurang 4 petang Wanita PKR ditemani oleh Ketua Wanita PKR Pahang dan Peguam Pakatan Rakyat Raub telah melawat perkampungan tersebut dan dapati kawasan seluas lebih kurang 2 ekar yang sejak tahun 1950an diusahakan oleh Orang Asal  telah dimusnahkan. Pokok-pokok durian dan koko yang mengeluarkan hasil telah ditebang tanpa belas kasihan.

Pokok koko yang ditebang
Kami juga diberitahu oleh Tok Batin bahawa bukan sahaja kawasan ladang milik Orang Asal akan tetapi  sebahagian daripada perkampungan Orang Asal telah diberimilik kepada penduduk kampung diluar perkampungan Orang Asal. Kami ditunjuk 4 buah rumah termasuk sebahagian daripada rumah milik Tok Batin dan bangunan yang digunakan sebagai Balairaya yang bakal dirobohkan oleh penduduk kampung yang mengaku telah diberi hakmilik.
.
Beberapa soalan serius timbul dari kejadian ini. Apakah Orang Asal tidak layak tinggal diperkampungan mereka sendiri? Apakah Orang Asal hanya dilayan dengan baik dimusim pilihanraya dan dipinggirkan dikala masa lain? Apakah Pejabat Tanah tidak tahu sempadan perkampungan Orang Asal hingga boleh beri milik tanah adat Orang Asal kepada orang ramai?

Wanita PKR Raub telah serahkan segala urusan kepada Tuan Haji Mohd Harris dari The Law office of Mohd Harris, Raub untuk tindakan susulan dan berharap agar segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan hak Orang Asal dikembalikan kepada Orang Asal.




NUKILAN,
AMANDA
(Setiausah Peribadi Timbalan Ketua Raub)

No comments:

Post a Comment