Saturday 29 October 2011

PROGRAM WAJAH

18 September 2011 merupakan hari yang tidak dapat dilupakan oleh Wanita PKR Raub apabila Program Wanita Jelajah, atau WAJAH secara singkat, telah dilancarkan di Raub. Program ini telah bermula jam lebih kurang 12 tengahari apabila lebih 100 kaum hawa dari Tersang 1 telah bersama-sama bergotong royong untuk masak gulai kawah lembu yang telah disedekah oleh salah seorang ahli PKR Raub untuk dijadikan jamuan untuk tetamu-tetamu yang di jemput. 

Di sebelah malam pelancaran, satu Ceramah Perdana telah diadakan di Felda Tersang 1 yang turut dihadiri oleh  YB Azmin Ali selaku Naib Ketua PKR, Ustaz Aris Faizul Ismail selaku Naib Presiden Persatuan ANAK dan Puan Salmah selaku EXCO Negeri Selangor Darul Ehsan yang hadir mewakili Ketua Wanita PKR Kebangsaan YB Zuraidah .

WAJAH telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan sekiranya dilihat daripada hadirin yang hadir. Tidak ada sebarang gangguan daripada mana-mana pihak walaupun sekatan jalanraya yang luarbiasa di adakan oleh pihak keselamatan di sepanjang jalan dari Raub ke Tersang 1.

Yang paling menyeronokan Wanita PKR Raub, program WAJAH Tersang 1 telah mendapat kepujian daripada Timbalan Presiden sebagai program FELDA terbaik. Alhamdulillah...


NUKILAN,
AMANDA
(Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)

No comments:

Post a Comment