Saturday 29 October 2011

MAKAN MALAM BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Setelah mengadakan beberapa siri ziarah, pada 25 September 2011 kami menerima kunjungan DATO' SERI ANWAR IBRAHIM. Makan malam tersebut diadakan di Restoran Husain. Program telah di mulakan apabila Dato' Seri telah ucapkan tahniah kepada salah seorang ahli PKR Raub berbangsa Punjabi dan beragama Sikh bersama-sama dengan isteri dan anak-anak yang beberapa hari sebelum progam telah memeluk Islam.

Selepas makan malam, Ceramah Perdana telah diadakan di Tapak Kompleks Pas Kawasan Raub yang terletak kira-kira 500 meter ddari Restoran Husain. PKR Raub telah menyediakan sebuah kereta mewah yang menunggu untuk menghantar Dato' Seri ke Kompleks namun, kami terkejut apabila Dato Seri telah memilih untuk berjalan kaki bersama-sama penyokong beliau.

Pihak kami dengan segera mengarahkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Unit Amal PAS untuk membuat kawalan rapi terhadap Dato Seri. Kami berasa gusar sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi, syukur ALHAMDULILLAH berkat kejujuran Dato Seri, ALLAH S.W.T melindungi perjalanan Dato Sri dari Restoran Husain ke Kompleks.

Pada malam ketibaan Dato Sri begitu ramai yang hadir untuk mendengar ceramah dan melihat sendiri wajah Dato Seri dengan lebih dekat. Beliau bukanlah seorang yang memerlukan protokol yang melampau (tidak perlu karpet merah, tidak perlu naik bas mewah dan tidak perlu pengawal peribadi). Beliau seorang yang amat sederhana. Terpapar kemesraannya bersama rakyat. Seorang pemimpin berjiwa rakyat. 

Harap Dato Sri dapat meneruskan perjuangan hingga ke Putrajaya. AMIN.......


NUKILAN,
AMANDA
(Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)

PROGRAM WAJAH

18 September 2011 merupakan hari yang tidak dapat dilupakan oleh Wanita PKR Raub apabila Program Wanita Jelajah, atau WAJAH secara singkat, telah dilancarkan di Raub. Program ini telah bermula jam lebih kurang 12 tengahari apabila lebih 100 kaum hawa dari Tersang 1 telah bersama-sama bergotong royong untuk masak gulai kawah lembu yang telah disedekah oleh salah seorang ahli PKR Raub untuk dijadikan jamuan untuk tetamu-tetamu yang di jemput. 

Di sebelah malam pelancaran, satu Ceramah Perdana telah diadakan di Felda Tersang 1 yang turut dihadiri oleh  YB Azmin Ali selaku Naib Ketua PKR, Ustaz Aris Faizul Ismail selaku Naib Presiden Persatuan ANAK dan Puan Salmah selaku EXCO Negeri Selangor Darul Ehsan yang hadir mewakili Ketua Wanita PKR Kebangsaan YB Zuraidah .

WAJAH telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan sekiranya dilihat daripada hadirin yang hadir. Tidak ada sebarang gangguan daripada mana-mana pihak walaupun sekatan jalanraya yang luarbiasa di adakan oleh pihak keselamatan di sepanjang jalan dari Raub ke Tersang 1.

Yang paling menyeronokan Wanita PKR Raub, program WAJAH Tersang 1 telah mendapat kepujian daripada Timbalan Presiden sebagai program FELDA terbaik. Alhamdulillah...


NUKILAN,
AMANDA
(Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)

ZIARAH SEPTEMBER

Pada September 2011, kami, Wanita PKR Raub, bersepakat mengadakan lawatan ke beberapa tempat.

Mahkamah Temerloh menjadi destinasi pertama kami apabila kami telah hadir untuk memberi sokongan moral kepada Peneroka Felda Jengka yang telah berkumpul bersama peguam-peguam peneroka untuk satu sidang akhbar "PENEROKA SAMAN FELDA". Sebelum daripada itu, peguam-peguam peneroka telah failkan saman menuntut lebih daripada RM340 juta hasil daripada penipuan kadar perahan oleh FELDA. Saman telah di failkan oleh YB Sivarasa Rasiah yang di temani oleh Lateefa Koya.

Seteruskan kami ke Hospital Besar Temerloh untuk ziarah anak salah seorang ahli yang cedera parah dan berada dalam keadaan koma akibat daripada kemalangan jalanraya.


Hentian terakhir kami di Kuala Krau untuk mengucap takziah kepada 2  ahli PKR Pahang yang kehilangan anak mereka. Ketua Wanita PKR Kuala Krau kehilangan anak akibat daripada  keguguran dan seorang lagi penyokong PKR mengalami nasib yang sama apabila anak lelaki beliau yang berusia 11 tahun meninggal dunia.

Wanita PKR Raub komited dan sentiasa bersama dengan ahli-ahli dan rakyat yang di timpa musibah dan sentiasa berusaha untk bantu mereka-mereka yang perlu bantuan walaupun kedudukan kewangan kami terhad.

InsyaAllah, bantuan akan kami hulurkan dari masa kesemasa


NUKILAN,
AMANDA
(Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)

Wednesday 5 October 2011

Tok Batin di ugut

Ada segelintir manusia dari puak-puak tertentu tidak puas hati dengan lapuran polis yang di buat oleh Tok Batin Jamal bin Tah. Dapat khabaran daripada peguam Pakatan Rakyat bahawa aduan diterima dari Tok Batin mengatakan bahawa sejurus selepas lapuran polis di buat, ada beberapa orang yang mengaku mewakili puak-puak tertentu mengugut Tok Batin dan anak-anak buah Tok Batin dan mendesak agar Tok Batin  menarik balik repot yang dibuat.

Berdering-dering talifon bimbit peguam Pakatan Rakyat dengan permintaan dari Tok Batin dan juga anak-anak buah Tok Batin menyuarakan ketakutan mereka dengan ugutan yang di terima.

Tok Batin juga di beritahu bahawa satu lapuran polis balas telah di buat oleh pihak-pihak tertentu dan pihak polis juga telah merakamkan kenyataan dari pihak tersebut. Oleh itu, Tok Batin di beri nasihat agar lapuran yang di buat oleh Tok Batin di tarik balik.

Namum apabila di siasat, pihak polis mengesahkan tidak ada apa-apa lapuran balas yang di buat oleh mana-mana pihak dan polis juga mengesahkan bahawa aduan Tok Batin telah di serah kepada Pejabat Tanah untuk siasatan seterusnya.

Dalam pertemuan terakhir antara Tok Batin dan Peguam Pakatan Rakyat, keputusan telah di buat bahawa lapuran polis tidak akan ditarik balik.

Persoalan yang timbul - mengapa ada puak yang cuak dengan lapuran yang di buat oleh Tok Batin kalau tidak ada apa-apa penyelewengan dalam pemberian hakmilik kepada penduduk kampung? Berani kerana benar ...


NUKILAN,
AMANDA
(Setiausah Peribadi Timbalan Ketua Raub)

Sunday 2 October 2011

Orang Asal buat repot

Haji Mohd Harris Abdullah
Telah diberitahu oleh Tuan Haji Mohd Harris selaku peguam Pakatan Rakyat Raub bahawa pada jam lebih kurang 3.30 petang 26/9/2011, Tok Batin bersama peguam telah hadir di Balai Polis Dong untuk lapurkan kejadian pencerobohan tanah di Kampung Sungei Yol, Ulu Dong, Raub, Pahang  akan tetapi tingkah laku pegawai-pegawai yang bertugas dikaunter pertanyaan Balai Polis Dong yang seolah-olah endah tak endah kehadiran Tok Batin dan peguam telah menyebabkan Tok Batin dan peguam mengambil keputusan untuk terus ke Ibu Pejabat Daerah Raub untuk melapurkan kejadian pencerobohan tanah.

Tuan Haji Harris mengesahkan bahawa pada 26/9/2011 jam lebih kurang 4.30 petang Tok Batin Jamal bin Tah telah buat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub dan pegawai penyiasat telah merakamkan satu kenyataan bertulis dari Tok Batin pada hari yang sama. Segala urusan telah selesai lebih kurang jam 6 petang.

Haji Harris turut mengesahkan bahawa seorang pegawai dari Pejabat Tanah Daerah telah dipanggil oleh pegawai penyiasat dan pegawai dari Pejabat Tanah Raub mengesahkan bahawa tanah yang dikatakan telah diceroboh oleh orang kampung sebenarnya merupakan tanah milik persendirian.

Satu persoalan penting yang perlu dijawab oleh Pejabat Tanah Daerah Raub - macamana tanah yang diduduki oleh Orang Asal selama lebih kurang 60 tahun boleh diberi milik kepada orang selain daripada Orang Asal? Jawab jangan tak jawab ...



NUKILAN,
AMANDA
(Setiausah Peribadi Timbalan Ketua Raub)

Saturday 1 October 2011

Tanah Orang Asal di ceroboh

Pokok durain yang ditebang
Setelah puas berbincang dengan pihak-pihak berwajib dan ahli-ahli politik Raub, Tok Batin Jamal bin Tah telah mengambil langkah berani apabila tampil meminta bantuan daripada Wanita PKR Raub agar masalah pencerobohan tanah diperkampungan Orang Asal,  Sungei Yol, Hulu Dong, Raub dapat selesaikan.

Pada 21/9/2011 jam lebih kurang 4 petang Wanita PKR ditemani oleh Ketua Wanita PKR Pahang dan Peguam Pakatan Rakyat Raub telah melawat perkampungan tersebut dan dapati kawasan seluas lebih kurang 2 ekar yang sejak tahun 1950an diusahakan oleh Orang Asal  telah dimusnahkan. Pokok-pokok durian dan koko yang mengeluarkan hasil telah ditebang tanpa belas kasihan.

Pokok koko yang ditebang
Kami juga diberitahu oleh Tok Batin bahawa bukan sahaja kawasan ladang milik Orang Asal akan tetapi  sebahagian daripada perkampungan Orang Asal telah diberimilik kepada penduduk kampung diluar perkampungan Orang Asal. Kami ditunjuk 4 buah rumah termasuk sebahagian daripada rumah milik Tok Batin dan bangunan yang digunakan sebagai Balairaya yang bakal dirobohkan oleh penduduk kampung yang mengaku telah diberi hakmilik.
.
Beberapa soalan serius timbul dari kejadian ini. Apakah Orang Asal tidak layak tinggal diperkampungan mereka sendiri? Apakah Orang Asal hanya dilayan dengan baik dimusim pilihanraya dan dipinggirkan dikala masa lain? Apakah Pejabat Tanah tidak tahu sempadan perkampungan Orang Asal hingga boleh beri milik tanah adat Orang Asal kepada orang ramai?

Wanita PKR Raub telah serahkan segala urusan kepada Tuan Haji Mohd Harris dari The Law office of Mohd Harris, Raub untuk tindakan susulan dan berharap agar segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan hak Orang Asal dikembalikan kepada Orang Asal.




NUKILAN,
AMANDA
(Setiausah Peribadi Timbalan Ketua Raub)