Saturday 10 March 2012

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Assalamualaikum
Agak lama juga kami tidak menulis.Namun pada hari ini,saya ingin berkongsi cerita tentang negeri kelahiran saya.Yang lain tidak bukan RAUB.Raub atau lebih dikenali sebagai Bandar Emas(Gold Town).Raub dikenali sebagai bandar Emas kerana terdapat lombong emas yang terletak di Bukit Koman.Bandar yang agak sederhana.Tidak terlalu sibuk dengan hiruk pikuk dan tidak terlalu sunyi.Tetapi,pada musim perayaan atau musim cuti sekolah,warga bandar Raub pasti geleng kepala.Bukan kerana apa,masalah trafik.Mereka yang mahu ke Kelantan pasti melalui Raub.Di Raub juga terdapat sebuah rumah rehat yang tersergam indah.Di sebelahnya pula,terdapat sebuah bangunan yang sering dijadikan tempat persinggahan sementara bagi Sultan Pahang.Bangunan ini lebih dikenali sebagai "istana hinggap".

Pertambahan penduduk di Raub sangat memberangsangkan.Tidak kira secara semula jadi mahupun migrasi.Oleh itu,perumahan sedang giat dibangunkan.Rumah-rumah yang dibina ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Pemaju perumahan berlumba-lumba mengaut keuntungan dalam masa yang sama memenuhi permintaan penduduk yang semakin hari semakin bertambah.Persoalannya,apakah setelah siap dibina kebersihan di setiap taman,rumah kedai akan terjamin?Itu yang saya ingin tekankan dalam penulisan saya pada kali ini.

Adakah bahagian penyelenggaraan dan kebersihan diserah kepada Majlis Daerah Raub (MDR).Sudah lama saya perhatikan perkara ini.Kawasan sekitar taman,kedai,rumah kedai tidak dijaga.Sampah berterbangan di merata-rata tempatCukai pintu dikutip setiap tahun jadi pada pendapat saya,wajarlah disediakan tukang sapu untuk memebersihkan kawasan sekitar.Dua kali seminggu sudah memadai.Pasti keadaan persekitaran lebih terjamin kebersihannya.Sesungguhnya,kebersihan itu amatlah penting dan digalakkan dalam Islam.Kita seharusnya bersama-sama menjaga kebersihan dan persekitaran setempat.Tak rugi pun menjaga kebersihan.Malah dapat mengelakkan beberapa jenis penyakit berjangkit.

Sama-samalah kita menggembleng tenaga menjaga kebersihan supaya Raub dinobatkan sebagai bandar yang bersih 100%  dan juga mampu menarik minat pelancong.Tidak kira dari dalam atau luar negara.Bersepadanlah dengan iklan yang ditampal di setiap teksi di Bandar Raub.Dalam pada itu juga,bukankah Menteri Pelancongan kita Ahli Parlimen Raub.Tuntasnya,kebersihan menjadi tanggungjawab setiap warga masyarakat.

OLEH,
AMANDA
(Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)

Thursday 26 January 2012

DIALOG Bersama Haji Harris & YB Kupang

Dialog pada kali ini yang diterajui Haji Harris dan YB Kupang diadakan di Kupang daerah Baling,Kedah.

Dialog itu disertai juga peserta-peserta FELCRA.Lebih seratus peserta menyertai DIALOG.Mereka menyatakan rasa tidak puas hati dalam pentadbiran FELCRA sama seperti FELDA.DIALOG yang bermula pada pukul 3 petang berjalan dengan lancar sehinggalah berakhirnya acara DIALOG pada pukul 6.30 petang.

Selesai acara DIALOG,kami dijemput ke kediaman YB Kuala Ketil sambil dalam hati berkata pasti hebat kediaman YB.Wakil rakyat lah dikatakan (contohnya wakil rakyat BN di Raub) mempunyai rumah yang tersergam indah.Sampai di rumah YB yang bertentangan dengan masjid,kelihatan YB bersila dengan jemaah masjid.Apabila melihat kereta kami memasuki perkarangan rumahnya,beliau terus menuju ke arah kami.Rumah yang sederhana terletak di kawasan sawah,di belakang rumah YB terbentang luas sawah padi.Nyaman sungguh udara di situ.YB sendrir yang membawa dulang berisi Teh O ke ruang tamu.Tiada bibik dar Indonesia yang mengurus rumah,semua diuruskan sendiri oleh isteri dan anak-anak.Saya sendiri berasa kagum dengan kesederhanaan hidup YB Pas atau Pakatan Rakyat.

Pada malam kami menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh Pas Malau,kami ke Malau selepas solat Isyak.Untung anak saudara Timbalan Ketua Wanita Raub seorang guru di Baling,senag lah untuk ke Mala dari Kulim.Ceramah mendapat sambutan yang hebat.Haji Harris salah seorang penceramah menyentuh pelbagai isu FELDA dan mahasiswa.Selesai Haji Harris memberi ucapan,mereka yang berada disitu belum puas mendengar ceramah beliau berkata " Mai semula no".Kedah sememangnya negeri Pakatan Rakyat.

Pada pagi Ahad kami berangkat ke Pendang.Sebelum pulang kami menziarahi kakak kepada Timbalan Ketua Wanita PKR Raub(Puan Hajah Khamsiah),Puan Hajah Norsimah yang menuntut ilmu akhirat di pondok Haji Shafie.Kami sempat bermesra denagn pelajar pondok di sana yang terdiri daripada kaum ibu belaka.Terasa nyaman dan tenang ketika berada di surau tempat ibu-ibu mengaji AL-QURAN.

SEMOGA SEGALANYA DIBERKATI ALLAH S.W.T

OLEH,
AMANDA
(Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)

SINAR HARIAN

Tertarik dengan kolum Berpatah Arang oleh Yusuf Harun.Pada 12 Januari 2012 disiarkan artikel "Secebis Kata Untuk Peminat Anuar".

Tersenyum sinis Timbalan Ketua Wanita PKR Raub tatkala membaca cetusan rasa oleh Encik Berpatah Arang yang menyatakan bahawa penyokong-penyokong Dato' Seri Anwar merupakan golongan kelas kedua dan kelas ketiga.Wow,hebat Encik Berpatah Arang ini ya.Setahu saya,penyokong DSAI terdiri daripada peringkat atasan sehinggalah alim ulamak.Apakah golongan ini dianggap sebagai golongan kelas kedua,kelas ketiga di Malaysia?Gamaknya di Malaysia sudah wujud "kelas-kelas" tertentu?Golongan ini ialah golongan kelas pertama,yang layak digelar gologan kedua dan ketiga hanyalah PENDATANG TANPA IZIN(PATI) yang terdiri daripada rakyat luar yang masuk secara haram ke Malaysia namun diberi IC biru supaya dapat memangkah Barisan Nasional.Itu barulah wajar digelar penyokong kelas kedua,kelas ketiga..

Encik Berpatah Arang juga menyentuh tentang Nelson Mandela ialah pejuang tulen.Memang saya setuju apa yang dikatakan itu.Beliau memperjuangkan hak-hak kaum kulit hitam.Begitu juga dengan DSAI,bertungkus-lumus memperjuangkan hak kebebasan bersuara,hak dalam perlembagaan Malaysia yang dikawal oleh kerajaan BN.Tidak lupa juga untuk membanteras gejala rasuah yang menjdai barah dalam masyarakat hari ini.Salahkah ada pemimpin yang sedemikian?Tidak tulenkah beliau??

Apakah Encik Berpatah Arang ini "AHLI NUJUM"?Tahu segalanya yang tersurat mahupun tersirat..Tidak pernah sesekalipun Dato' Seri mendabik dada sambil berkata,"Lantiklah saya sebagai Perdana Menteri Malaysia".Itu merupakan kata sepakat dari Parti Pakatan Rakyat yang mahu mengangkat beliau sebagai seorang ketua negara.Ketua yang berkaliber.

Akhir kata buat kali ini,janganlah kita cepat melatah.Terima sahaja apa jua yang ditetapkan oleh ALLAH S.W.T.Kalau ditakdirkan Pakatan Rakyat menag PRU13,jangan mudah lupa apa yang dijanjikan pada rakyat.Ikut cara Rasulullah mengendalikan negara itu dengan jujur dan amanah.

OLEH,
AMANDA
(Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)

Saturday 14 January 2012

ANUGERAH 901 YANG TIDAK TERNILAI....

Anwar Ibrahim solat jumaat di Masjid Kampong Baru. Masjid penuh sesak ..


Rasa syukur tak terhingga dengan keputusan mahkamah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.Ternyata hari ini ramai yang memuji Badan Kehakiman kerana keputusan yang dibuat Dato' Seri didapati tidak bersalah.Sebelum ini,kerap kali kita dengar keputusan Badan Kehakiman berbaur campur tangan kerajaan.Namun begitu,DSAI mampu membersihkan nama beliau dalam kes liwat yang mengaibkan.Berkat doa berjuta penyokong juga munajat daripada para ulamak,akhirnya tuduhan terhadap beliau digugurkan.Ramai yang berkata,Dato' Seri sudah hilang auranya,sudah hilang pengaruhnya.Maka silaplah mereka yang berkata sedemikian rupa.Lihat sendiri,penyokong-penyokong membanjiri Kuala Lumpur.Bukan sahaja warga ibu negara yang memberi sokongan..Begitu juga pada 7 haribulan di Kuantan dan 8 haribulan di Permatang Pauh,ribuan penyokong serta mereka yang yakin Dato' Seri tidak bersalah bermunajat,bersolat hajat.Allah SWT itu Maha Adil.Allah mendengar munajat kita.Syukur yang tidak terhingga.Hanya ALHAMDULILLAH meniti di bibir.
TERIMA KASIH YA ALLAH...

Nukilan,
AMANDA
(Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)

Monday 2 January 2012

SEPETANG BERSAMA

2011 diakhiri dengan Alhamdulillah,2012 dimulakan dengan Bismillah.Tahun 2012 menjelang jua.Pasti ramai yang tertanya-tanya apa program-program tahunan WANITA PKR RAUB.InsyaAllah,banyak program yang akan diadakan sepanjang tahun ini.

Wanita PKR Cabang Raub membuka tirai 2012 dengan mengadakan Majlis Minum Petang bersama Ketua Srikandi Malaysia,yang lain tidak bukan Siti Aishah.Majlis istimewa ini diadakan khas untuk wanita-wanita.Akan diadakan pada 6 JANUARI 2012 bertempat di RESTORAN HUSSEIN,Kampung Tanah Bercangkul.Yang akan turut serta dalam majlis ini ialah MUSLIMAT PAS dan WANITA DAP RAUB.

Akan datang DIALOG BERSAMA 500 PENEROKA di BALING,KEDAH.Puan Hajah Khamsiah akan mengikuti perkembangan peneroka-peneroka di sana.Nantikan isu-isu yang bakal diperolehi dalam majlis dialog tersebut bersama Tuan Peguam kita,Haji Harris Abdullah.

Nukilan,
AMANDA
(Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)