Saturday 10 March 2012

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Assalamualaikum
Agak lama juga kami tidak menulis.Namun pada hari ini,saya ingin berkongsi cerita tentang negeri kelahiran saya.Yang lain tidak bukan RAUB.Raub atau lebih dikenali sebagai Bandar Emas(Gold Town).Raub dikenali sebagai bandar Emas kerana terdapat lombong emas yang terletak di Bukit Koman.Bandar yang agak sederhana.Tidak terlalu sibuk dengan hiruk pikuk dan tidak terlalu sunyi.Tetapi,pada musim perayaan atau musim cuti sekolah,warga bandar Raub pasti geleng kepala.Bukan kerana apa,masalah trafik.Mereka yang mahu ke Kelantan pasti melalui Raub.Di Raub juga terdapat sebuah rumah rehat yang tersergam indah.Di sebelahnya pula,terdapat sebuah bangunan yang sering dijadikan tempat persinggahan sementara bagi Sultan Pahang.Bangunan ini lebih dikenali sebagai "istana hinggap".

Pertambahan penduduk di Raub sangat memberangsangkan.Tidak kira secara semula jadi mahupun migrasi.Oleh itu,perumahan sedang giat dibangunkan.Rumah-rumah yang dibina ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Pemaju perumahan berlumba-lumba mengaut keuntungan dalam masa yang sama memenuhi permintaan penduduk yang semakin hari semakin bertambah.Persoalannya,apakah setelah siap dibina kebersihan di setiap taman,rumah kedai akan terjamin?Itu yang saya ingin tekankan dalam penulisan saya pada kali ini.

Adakah bahagian penyelenggaraan dan kebersihan diserah kepada Majlis Daerah Raub (MDR).Sudah lama saya perhatikan perkara ini.Kawasan sekitar taman,kedai,rumah kedai tidak dijaga.Sampah berterbangan di merata-rata tempatCukai pintu dikutip setiap tahun jadi pada pendapat saya,wajarlah disediakan tukang sapu untuk memebersihkan kawasan sekitar.Dua kali seminggu sudah memadai.Pasti keadaan persekitaran lebih terjamin kebersihannya.Sesungguhnya,kebersihan itu amatlah penting dan digalakkan dalam Islam.Kita seharusnya bersama-sama menjaga kebersihan dan persekitaran setempat.Tak rugi pun menjaga kebersihan.Malah dapat mengelakkan beberapa jenis penyakit berjangkit.

Sama-samalah kita menggembleng tenaga menjaga kebersihan supaya Raub dinobatkan sebagai bandar yang bersih 100%  dan juga mampu menarik minat pelancong.Tidak kira dari dalam atau luar negara.Bersepadanlah dengan iklan yang ditampal di setiap teksi di Bandar Raub.Dalam pada itu juga,bukankah Menteri Pelancongan kita Ahli Parlimen Raub.Tuntasnya,kebersihan menjadi tanggungjawab setiap warga masyarakat.

OLEH,
AMANDA
(Setiausaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)

No comments:

Post a Comment