Sunday 11 December 2011

UCAPAN TIMBALAN KETUA WANITA PKR CABANG RAUB(Pn. Hajah Khamsiah) SEMASA MEMBAHASKAN UCAPAN DASAR KETUA WANITA PKR MALAYSIA(YB Hajah Zuraidah) DI KONGRES YANG KE-8 DI PULAI SPRINGS RESORT,JOHOR

BELANJAWAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

      Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Ketua Oposisi kerana wanita sentiasa dalam minda mereka.Jangan disalah tafsir maksud saya.Bila saya kata "wanita sentiasa dalam minda",saya tidak bermaksud sepertimana yang anda semua sedang berfikir disaat ini.Maksud saya ialah betapa pentingnya wanita dalam menjana ekonomi sesebuah Negar atau Negeri.
      Belanjawan gender responsive ini jelas kelihatan dalam Belanjawan PR 2011 yang dibentang oleh YB DSAI sebagai belanjawan alternatif dan juga dalam belanjawan negeri Selangor yang dibentang oleh YAB Menteri Besar Selangor.
      Peranan wanita dalam menjana ekonomi semememangnya tidak boleh dinafikan.Saiditina Siti Khadijah,isteri kepada Rasulullah SAW,telah menceburi bidang perniagaan lebih 1500 tahun yang dahulu.Siti Khadijah merupakan seorang ekonomis yang bijak
      Namun,di zaman pemerintahan BN,wanita-wanita yang berkemampuan di pinggirkan untuk memberi laluan kepada wanita-wanita elit yang berkait rapat dengan pemimpin BN atau wanita yang berani menjilat kasut pemimpin BN,di beri ruang luas untuk berekonomi.Contoh klasik yang kini ditontonkan kepada kita - COWGATE SCANDAL.Nepotisma dan kronisma kian berleluasa.
     Memahami ketandusan wanita yang mempunyai daya saing di persada ekonomi di Malaysia,maka Pakatan Rakyat telah memperkenalkan Badjet 2012 Pakatan Rakyat yang memahami dilema wanita marhaen yang semakin ditindas dan tidak di beri ruang untuk ketengahkan ketohon dan abiliti mereka.
     RM30 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasakan Wanita melalui program Keusahawanan Sosial.Satu jumlah besar yang tidak pernah di impikan oleh kaum wanita di zaman pemerintahan BN.Walaupun baru-baru ini kita mendapat berita ada seorang wanita berkepala merah berjambul serta berbaju putih yang menerima RM250 untuk jaga lembu!Namun ini merupakan satu kes terpencil....Pemberian ini bukan gender responsive akan tetapi lebih kepada "You scratch my back and I scratch your back".We make hay while the sun shines.I help you,you help me.
     Kaum wanita mengalu-alukan penghormatan dan peluang yang diberi oleh Kerajaan PR aka tetapi jangan kita jadi Minah Baba-apabila diberi peluang,hasilnya dikaut orang lain.Kita kaum wanita berpuas hati denagn komisyen yang tak seberapa.Amaln BN ini hendaklah dibuang jauh-jauh.Wanita perlu merebut peluang untuk bersaing dengan ahli-ahli perniagaan lain.
    Jelas laungan Rakyat didahulukan" hanya retorik kerajaan BN apabila desakan-desakan dari NGO-NGO pekerja untuk gaji minima tidak diendahkan.Terpinga-pinga pemimpin BN Selangor apabila diumumkan oleh YAB Menteri Besar Selangor bahawa Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk laksanakan gaji minima RM1500.00 sepertimana dalam bajet PR 2012.
    Pengumuman YAB Khalid Ibrahim di terima rakyat  jelata dengan penuh rasa kesyukuran kerana keperihatinan kerajaan PR akan tetapi telah akibatkan pemimpin BN Selangor seperti cacing kepanasan.Serba tak kena pemimpin BN Selangor apabila hujah-hujah mereka dalam perlaksanaan gaji mini seolah hujah kanak-kanak tadika.
     Adakah patut sekerat pemimpin BN berhujah bahawa perlaksanaan gaji minima akan mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan pekerja-pekerja Persekutuan di skala yang sama kerana tidak diberi skim gaji minima sepertimana di terima oleh pekerja-pekerja negeri.Kalau sekiranya pemimpin ini menggunakan akal fikiran yang di anugerahkan ALLAH SWT,maka mereka patut desak Kerajaan Pusat untuk sama-sama laksanankan gaji minima daripada melalak tak tentu pasal.Kerajaan PR prihatin denagn kehendak dan keperluan rakyat marhaen selaras dengan laungan keramat "KETUANAN RAKYAT"
     Dengan ini,sebagai penutup saya menyeru wanita-wanita Pahang yang ada disini marilah sama-sama menjadikan Pahang bernaung dibawah PR.Biarlah hujan emas di negeri Selangor jatuh menimpa bumi Pahang.


Nukilan,
AMANDA
(Setiasusaha Peribadi Timbalan Ketua Raub)

No comments:

Post a Comment