Friday 16 December 2011

ZIARAH MANGSA BANJIR KILAT

13 Disember mungkin akan menjadi tarikh yang tidak dapat dilupakan bagi warga Gold Town kerana dilanda banjir kilat.Banjir kilat melanda Raub termasuklah Kampung Ulu Gali.Di Ulu Gali,dilaporkan bahawa 14 buah rumah mengalami kerosakan dan kerugian dek kerana banjir yang melanda.Mangsa-mangsa segera dipindahkan ke tempat yang selamat(balairaya).Ramai yang menghulurkan bantuan termasuklah PR Raub.Tidak kira pakaian,makanan,selimut dan beberapa keperluan lain turut dihulurkan.

Sehubungan itu,pada Ahad yang akan datang,Wanita PKR Raub akan mengadakan ziarah mangsa-mangsa banjir.Wanita Ketua Raub yang diketuai Puan Normah dan Timbalan Ketua,Puan Hajah Khamsiah.Yang akan turut serta memberi bantuaan ialah Ketua Wanita PKR Pahang,Puan Dasimah Zainudin dan Penyelaras Zon Timur,Puan Halimah Muhammad.Bak kata pepatah " BERAT SAMA DIPIKUL,RINGAN SAMA DIJINJING" Bagi yang ingin menyertai,program ziarah ini akan diadakan pada pukul tiga pada hari Ahad bersamaan 18 Disember 2011.

P/S: SEBARANG BANTUAN ANDA SANGATLAH DIHARGAI

No comments:

Post a Comment