Friday 11 November 2011

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SUNGAI ARA

Selepas berkunjung ke perkampungan  orang asli di Krau, kami berkunjung pula ke perkampungan orang  asli Sungai Ara. Perkampungan ini terletak lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Raub.

Di perkampungan ini terdapat dua golongan orang asli yang bagaimanapun berlainan agama.

ISLAM & KRISTIAN.
Kami berbincang dengan Tok Batin untuk mengadakan perjumpaan dengan penduduk di situ. Beliau setuju untuk mengadakan perjumpaan tersebut namun dengan satu syarat. Kami tertanya-tanya apakah syarat tersebut. Syaratnya ialah, orang Kristian tidak ikut serta dalam perjumpaan tersebut. Kami merasakan ada cerita disebalik keengganan mereka untuk berkumpul bersama.

Apabila ditanya mengapa mereka enggan, Tok Batin mengatakan bahawa orang Kristian asli di situ agak sombong dan memandang hina orang Islam asli. Patutlah orang asli Kristian merasa sombong, mereka mempunyai segalanya. Dewan, Gereja dan bantuan tertentu. Namun agak menyedihkan bagi penduduk orang asli yang beragama Islam, .mereka tidak diberikan walau sebuah surau pn untuk beribadat, apatah lagi bantuan yang lain..

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kasihan melihat kehidupan orang asli Islam perkampungan Sungai Ara.Masih lagi terumbang-ambing. Jangan dibiarkan mereka sedemikian. Jangan nanti sehingga mereka terpengaruh dengan bantuan mubaligh-mubaligh Kristian yang kerap bertandang ke perkampungan itu.

JANGAN DIBIARKAN MASYARAKAT ISLAM ASLI TERPINGGIR.

P/S : Tok Batin yang diceritakan mempunyai personaliti yang agak berbeza daripada Tok Batin-Tok Batin yang pernah kami temui. Beliau memahami dan boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Walaupun tidak fasih, dia menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin. Namun apakan daya jika kerajaan tidak mengambil berat sepenuhnya terhadap kesulitan yang mereka hadapi.

No comments:

Post a Comment